Friday, 21 October 2016

Fasa Penyembuhan luka/tisu

Luka boleh muncul disebabkan oleh pelbagai sebab dan alasan. Tapi luka yang lambat sembuh sememangnya sangat menyukarkan kita. Perlu jaga cara pemakanan supaya luka tersebut cepat sembuh dan tidak meninggalkan parut sementara mahupun parut kekal.

Penyembuhan luka dibahagikan kepada 3 peringkat :

  1. Inflammatory phase 
  2. Proliferation phase
  3. Maturation phase

Inflammatory Phase/fasa keradangan

Inflamasi merupakan suatu tindak balas semulajadi terhadap kecederaan. Tempoh bagi peringkat ini berlangsung biasanya mengambil selama 72 jam atau 3hari. 

Selepas kecederaan yang menyebabkan luka berlaku, salur darah yang berdekatan dengan luka akanmengecut. Jaringan fibrin dan penggumpalan platelet yang terbentuk akan menghentikan pendarahan dan salur darah yang berdekatan dengan luka akan mengembang bagi membolehkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen, antibodi, sel darah putih, growth factors, enzim dan zat-zat nutrien yang penting untuk penyembuhan luka sampai ke bahagian tujuan iaitu luka. Keadaan ini akan meningkatkan bendalir pada bahagian luka dan mula menunjukkan tanda-tanda inflamasi atau keradangan. Bahagian luka akan menjadi kemerahan, sakit, membengkak, hangat dan gangguan fungsi pada bahagian tersebut. Pada ketika ini, sel-sel fagosit, neutrofil dan makrofaj melakukan tugas melindungi tubuh daripada kemasukan kuman berbahaya dari persekitaran luaran luka seperti bakteria. Proses ini bagaimanapun menghasilkan nanah. 


Proliferation phase/Fasa pencambahan

Suatu peringkat yang mana proses pembaikan semula tisu di bahagian luka berlaku. Tempoh biasanya selepas 3 hari kecederaan berlaku dan berlangsung sehingga 6 minggu selepas luka mula berlaku. 

Tisu granulasi ini terdiri daripada kolagen dan extracellular matrix yang membentuk jaringan salur darah (angiogenesis). Kesihatan tisu granulasi bergantung kepada fibroblast yang menerima bekalan oksigen dan nutrien daripada salur darah. Rupa tisu granulasi yang sihat adalah yang berwarna kemerah-merahan dan tidak mudah berdarah. Terdapat juga keadaan apabila tisu granulasi menjadi tidak sihat dan berwarna kehitaman. Keadaan ini menggambarkan kekurangan oksigen dan nutrien yang disebabkan oleh salur darah yang membekalkan oksigen dan nutrien tersekat sama ada oleh peredaran darah yang tidak lancar atau berlaku jangkitan kuman. Pada peringkat ini, kolagen akan menggantikan tisu-tisu yang telah rosak. Penghasilan kolagen pula memerlukan oksigen dan vitamin C. Seterusnya, jika proses penyembuhan berlaku dengan lancar oleh tisu granulasi yang sihat, sel-sel epithelial akan muncul (epithelialisation). 


Maturation phase/ Fasa kematangan

Fasa terakhir apabila luka telah tertutup sepenuhnya dengan sel-sel epithetial. Peringkat ini bermula pada minggu ketiga selepas luka berlaku dan berterusan selama 12 bulan. Pada peringkat ini, aktiviti sel-sel menurun dan jaringan salur darah di bahagian luka juga akan berkurangan. Pada peringkat ini juga, mengerakkan badan atau anggota yang melibatkkan bahhagian luka adalah penting. Ini bagi "mencabar" tisu-tisu parut agar menjadi kuat dan mampu melangkaui had pergerakan otot dan tisu bahagian terlibat. Kegagalan pada peringkat ini akan menghasilkan tisu-tisu parut yang melekat kuat, tidak elastik dan tidak fleksibel terhadap pergerakan, yang mana akan menyebabkan kesakitan yang berterusan. 


Dapatkan info kesihatan daripada doktor perubatan sekarang! --->>medicherbs


No comments:

Post a Comment