Jika kadar gula darah tersebut tidak normal dan tinggi, makan akan menyebabkan beberapa perkara seperti salah satunya luka kaki diabetes. Luka kaki diabetes memang sangat membahayakan jika tidak segera diatasi dan juga dirawat, hal tersebut akan menjadi semakin parah dan akan merebak ke anggota badan lain.

KENAPA LUKA AKIBAT KENCING MANIS BOLEH MENYEBABKAN MASALAH LEBIH BAHAYA
Kencing manis dikategorikan sebagai penyakit kronik dimana tubuh kita gagal menggunakan gula dan glukos seperti yang sepatutnya. Ia boleh menyebabkan banyak komplikasi, seperti melambatkan penyembuhan luka. Antara komplikasi lain ialah :
Kerosakan saraf (neuropathy)- Bila masalah ini terjadi, seseorang itu tidak akab merasa sakit jika terluka atau melecur hinggalah luka tersebut menjadi teruk dan terkena jangkitan
Sistem imun lemah- Bila sistem pertahanan badan dah jadi lemah, luka yang kecil pun jadi mudah terkena jangkitan
Saluran darah sempit- orang yang mengalami masalah salur darah tersumbat pada bahagian kaki lebih mudah mendapat luka, terkena jangkitan dan bermasalah untuk sembuh. Salur darah yang sempit menyukarkan darah untuk sampai ke bahagian yang luka. Aliran darah yang baik akan mengalakkan penyembuhan, jadi jika ia tersekat luka tersebut lebih mudah mendapat jangkitan.
LUKA DIKAKI ADALAH SANGAT MERBAHAYA
kaki dan buku lali terutamanya sangat mudah terjejas dan terdedah kepada risiko luka akibat kencing manis. Penyembuhan bagi luka di bahagian bawah daripada lutut sanglah berbeza berbanding bahagian badan yang lain. Bahagian ini sangat mudah bengkak yang boleh menyekat penyembuhan. sama juga jika luka tersebut terjadi pada bahagian tangan, ia boleh melumpuhkan.
Luka yang teruk bukan saja menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan, ia boleh menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan, ia boleh menyebabkan kerosakan tisu dan tulang yang mana akhirnya pemotongan bahagian tersebut menjadi satu-satunya pilihan yang ada.
Pemotongan bahagian bawah anggota badan penghidap kencing manis sudah menjadi kes biasa. Sebab itulah sangat penting untuk merawat dan mencari cara cepat sembuhkan luka kencing manis dan mencegahnya sebaik mungkin.
Cara terbaik untuk mengelakkan daripada terjadinya luka adalah:
- Periksa kaki setiap hari
- Pastikan kulit sentiasa bersih dan sihat setiap hari
- Pastikan kaki sentiasa lembap-gunakan losyen
- Pakai kasut yang selesa
- pastikan kebersihan kasut sentiasa terjaga dan selamat untuk dipakai untuk mengelakkan sebarang jangkitan atau kecederaan
- Pilih sarung kaki yang memang dikhaskan untuk penghidap diabetes
- Cuci kaki setiap hari dan keringkan dengan sempurna
- Buang semua kulit mati/kematu pada kaki dengan menggunakan gunting atau pemotong kuku yang bersih
- Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih.
Uruskan kencing manis dengan betul. Mencegah luka bagi penghidap kencing manis samalah juga meletakkan penyakit tersebut dibawah kawalan yang betul. Ini termasuklah mengawal tekanan darah, mengawal paras gula dalam darah dan tahap kolestrol, mengamalkan diet sihat, mengambil ubat, bersenam, tidak merokok dan mendapatkan pemeriksaan doktor secara berkala.
Dapatkan info kesihatan daripada doktor perubatan anda! -->> medicherbs
No comments:
Post a Comment